TUNTUTAN AL QUR'AN
1. Membaca dengan tartil
( tajweed dan sebutan yang
sempurna )
2. Memahami isi kandungannya
3. Mengamalkan segala yang
termaktub di dalamnya.
4. Menyampaikan keseluruhan
Al Quran kepada ummat
manusia seluruh alam.
( SUMBER :
KITAB FADHAIL QUR'AN )
Dari shahabat Abu Umamah Al-Bahili radhiallahu ‘anhu :
Saya mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
« اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِه »
“Bacalah oleh kalian Al-Qur`an. Karena ia (Al-Qur`an) akan datang
pada Hari Kiamat kelak sebagai pemberi syafa’at bagi orang-orang
yang rajin membacanya.”
[HR. Muslim 804]
IKLAN
ALUAN WEBMASTER
Alhamdulillah, Puji-pujian bagi Allah SWT Tuhan seru sekalian alam. Salawat dan salam kepada Baginda Nabi MUhammad SAW.
Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web Maahad Tahfiz Lorong Alif, Jitra, Kedah atau dikenali juga sebagai Darul Ulum Ar Rahimiyah Tahfizul Qur'an.
Maahad ini telah beroperasi selama 30 tahun dan dengan izin Allah telah menghasilkan ramai para hafiz, hafizah, alim dan alimah yang bertebaran di seluruh permukaan alam sama ada sebagai penyebar ilmu, pendakwah ataupun sebagai pelajar yang menyambung pengajian di Pakistan, Indonesia atau di Timur Tengah seperti Mesir, Sudan, Yemen dan Madinah.
Bermula dengan lapan orang pelajar pada tahun 1989, MTALA kini telah berkembang pesat dengan penubuhan Maahad Cawangan selain penambahbaikan terhadap sistem pendidikan dan aliran pengajiannya.
CONTOH
BACAAN
ALIRAN
PANIPATI
PERHATIAN
Pelajar & Waris sila Klik More / Makluman
Utk Mengetahui Notis
atau Pengumuman
Berkaitan Perjalanan
Madrasah Dari
Pentadbir Madrasah
TAZKIRAH
ANDA
TETAMU
YANG KE
SISTEM
ONLINE
DURTAQ
MAJLIS ISTIGHFAR UNTUK UMMAT RASULULLAH
Mafhum sabdaan Baginda Rasul Shollallähu àlaihi wa aālihi wasallam :
'Orang yang menjadi petunjuk / penyebab kepada orang lain membuat sesuatu kebaikan akan mendapat kebaikan yang dilakukan oleh pelaku kebaikan itu sendiri tanpa Allah kurangkan sedikit pun daripada pahala si pelaku kebaikan tersebut.'
📝Oleh itu, apa kata kalau kita war-warkan kpd seramai mungkin,untuk mengambil bahagian dalam Majlis Istighfar harian tersebut. Boleh?
MAKNANYA :
📝 1 orang yang menyertai majlis zikir dan dia berzikir kepada Allah, asbab daripada iklan kita kongsikan, maka pasti Allah berikan kepada kita semua pahala makbul yang dia dapat, tanpa Allah kurangkan sedikit pun pahala daripada akaun amalannya
💐Bayangkan jika 10 orang sertai asbab daripada kita. MasyaAllah, beruntungnya kita di akhirat.
💐Jom jana saham akhirat kita, bina rumah kita di syurga, tempat asal yang darinya kita semua datang ke dunia!
SISIPAN MULTIMEDIA
Pada 30 Januari 2018, telah diadakan muzakarah dengan pelajar-pelajar kelas Alim, disampaikan oleh Ustaz Abdul Hadi bin Cikgu Abu Bakar dari Madrasah Darul Ulum Hilmiyah, Titi Besi, Kepala Batas, Alor Setar,
MISI DAN VISI MTALA
SIJIL PENDAFTARAN MTALA
INFO RINGKAS MTALA
MISI KAMI
Berazam untuk menjadikan Al-Quran sebagai Qiblat kepada seluruh alam dengan usaha yang sebesar-besar taqwa & tawakal kepada Allah SWT semata-mata.
Mengajak dan menyeru manusia supaya mengikuti Fitrah Allah
Firman Allah S.W.T :
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.
[ Ar-Rum(30):ayat 30 ]
VISI KAMI
Mempersiapkan pelajar agar faham fungsi dirinya sebagai pemelihara kalamullah dan pendakwah,sentiasa sedia melakukan peningkatan daya fikir & disiplin di dalam menjalankan kesanggupan bagi menegakkan kalimah Allah dan mempertahankan Agama Islam.
Usaha dalam pencapaian program ini ialah, wajib selalu mengikuti akhlaq Rasullullah S.A.W Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fathonah.
Firman Allah S.W.T
“Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.”
[ An-Nisa’(4):ayat 9 ]
SILA SCAN UNTUK INFAQ PEMBANGUNAN DURTAQ
Slogan MTALA :
“ Kejayaan Manusia di Dunia dan Akhirat
Adalah Bergantung Sejauh Mana Manusia Itu Dapat Mengamalkan Agama Yang Sempurna Dalam Kehidupan Seperti Cara Yang Ditunjukajar Oleh Rasulullah SAW “
Hazrat Aishah R.Anha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
“Sesungguhnya setiap sesuatu ada kemuliaan yang manusia berbangga dengan kemuliaan itu. Sesungguhnya kebanggaan dan kemuliaan ummat ku ialah Al Qur’an”
( Dipetik dari Kitab Al Hilyah )
SISTEM PENGAJIAN
Sistem pengajian di Maahad Tahfiz Al Qur’an Lorong Alif ( MTALA ) terbahagi kepada tiga kategori :
1. Kelas Hafalan 30 Juzuk (Lelaki & Perempuan)
2. Syahadah Tahfiz (Lelaki & Perempuan)
3. Kelas Pengajian Kitab (Lelaki & Perempuan)
PENDAFTARAN
Maahad ini berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah Darulaman di bawah Seksyen 12 (1) (2) Enekmen Pengawalan Sekolah Agama Islam Bil.8 (1985). Ianya telah didaftarkan pada 19 Sya’ban 1411H bersamaan 5 Mac 1990.
( No.Pendaftaran : 02/90 )
LAMAN WEB
www.darulullum-arrahimiyah.com
AKAUN BANK
1. Bank Islam ( BIMB )
Darul Ulum Rahimiyah :
02039 0100 54855
2. MAYBANK (MBB) :
Darul Ulum Rahimiyah 552068515701
3. CIMB JITRA
MADRASAH LORONG ALIF
8601905947
4. DARUL ULUM AR-RAHIMIYAH
( AKAUN PEMBANGUNAN )
02039010079703 (BIMB)
PERTANYAAN & SUMBANGAN
1. Ustaz Amar Ma’ruf Al Hafiz b. Haji Ahmad
( Pengerusi ) - 019-5507740
2. Hj Ahmad bin Assan
(Setiausaha)- 019 474 2515
3.Ust.Aref Budiman Al Hafiz Bin Ahmad
(Bendahari) – 018-664 7375
PEMBANGUN DAN PENYELARAS LAMAN WEB
1. Che Omar bin Md Isa
2. Muhammad Hudzaifah bin Che Omar