SEJARAH PENUBUHAN
JEJAK PANIPATI / TEMPAT KELAHIRAN PARA HAFIZ
CATATAN SEJARAH MTALA
Maahad Tahfiz Al Qur’an Lorong Alif ( MTALA ) telah ditubuhkan pada 19 Sya’ban 1411 Hijrah bersamaan 5 Mac 1990 Masihi.

​
Idea penubuhan Maahad ini adalah hasil kesedaran dan kerisauan agama yang lahir di kalangan beberapa orang penduduk tempatan. Mereka merasakan perlunya usaha untuk melahirkan para hafiz dan hafizah, alim dan ulama bagi memastikan kelangsungan ilmu wahyu di kalangan generasi akan datang.

Atas fikir dan kesedaran ini, kumpulan pelajar pertama seramai lapan orang telah dipilih bagi memulakan pengajian pada tahun 1991 dengan seorang tenaga pengajar.

​
Berkat kesabaran dan niat untuk memastikan kelangsungan syiar Islam di atas mukabumi Allah SWT ini, MTALA telah berkembang pesat tahun demi tahun dan telah berjaya melahirkan ratusan para hafiz dan hafizah, alim dan ulama di seluruh pelusuk negara. Kini MTALA telah melalui proses penambahbaikan dalam sistem pengajian tahfiz serta menawarkan pengajian dalam bidang alim. Peperiksaan Syahadah Tahfiz yang ketat dan kawal selia oleh Jamia Darul Qur’an menjadikan lepasan Maahad ini berkualiti tinggi dan mendapat perhatian di peringkat Asia Tenggara.

Sehingga kini, pelajar MTALA telah merentasi sempadan negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Filipina, China dan negara - negara Asia Tenggara lainnya.

​
MTALA telah mempunyai ratusan pelajar dengan beberapa cawangan serta jumlah guru yang semakin bertambah. Justeru, MTALA merancang untuk menaiktarafkan prasarana maahad ini untuk kebaikan dan manafaat ummat Islam seluruhnya.
​
Pada hari ini, MTALA telah diberi nafas baru dan dijenamakan semula atas nama DARUL ULUM RAHIMIYAH TAHFIZUL QUR’AN ( DURTAQ )@ ( MTALA ). Semoga usaha yang sedikit ini mendapat perhatian Allah SWT dan menjadi asbab turunnya rahmat Allah SWT untuk ummat Islam seluruhnya.
KRONOLOGI 24 TAHUN PENUBUHAN MTALA
Tahun 1990
MTALA Bermula dengan 8 orang pelajar dan seorang Guru

Tahun 1992
Perletakan Batu Asas pembinaan bangnan dua tingkat oleh YBhg Dato Sheikh Abd. Majid Dan Al-Marhum YBhg Dato Tajuddin B. Abd Rahman di bangunan wakaf sediada dari pemiliknya Dr.Suhaimi bin Haji Abdul Halim.
Tahun 1995
Melalui sumbangan dermawan Muslim, pembinaan bermula pada Ogos 1995 dan siap pada Januari 1996. Pelajar meningkat kepada 80 orang yang datang dari pelbagai pelusuk dunia spt Jerman, Australia dan Negara2 Asia Tenggara lainnya. Guru dari Pakistan juga di datangkan seramai 5 orang.
Tahun 2007
Setelah beberapa tahun pelajar pelajar di hantar untuk Ujian Syahadah ke Pakistan,buat kali pertama Ujian Syahadah di adakan di MTALA. Majlis dinamakan Dastarbandi iaitu Majlis Memakai Serban oleh Sheikh Qari Muhammad Yassin
( Wakil Lembaga Tahfiz Al Quran ) yang didatangkan dari Darul Quran, Faisalabad, Pakistan.

Tahun 2010
Setelah 3 tahun Majlis Dastarbandi diadakan di MTALA bilangan pelajar semakin bertambah sehingga mencecah seramai 200 orang pelajar dengan 7 orang guru. Pelajar ini datang dari pelbagai negara seperti Khazakhstan, China dan Negara2 Asia Tenggara yang lainnya. Guru didatangkan dari Darul Quran, Pakistan.

Tahun 2012
Jumlah terkini pelajar ialah seramai 280 orang dan masih terdapat banyak permohonan untuk kemasukan baru dari dalam dan luar negara.
MTALA kini mempunyai beberapa tanah wakaf yang statusnya hanya menunggu pihak Jabatan Agama Negeri Kedah mengeluarkan surat kebenaran untuk dimajukan bagi tujuan pembangunan infrastruktur madrasah akan datang demi kebaikan Ummat Islam seluruhnya.
MAAHAD TAHFIZ CAWANGAN MTALA