top of page

IKLAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU

ان العلماء ورثة الأنبياء

“Sesungguhnya Para Ulama’  Adalah Pewaris Para Nabi”

 

موت العالم موت العالم

“Kematian Seorang Alim Itu Adalah Kematian Bagi Alam Benua”

 

فقيه اشد على الشيطان من الف عابد

“Seorang Yang Mahir Dalam Ilmu Agama Lebih Ditakuti Syaitan Dari 1000 Orang Ahli Ibadat”

 

طلب العلم فريضة على كل مسلم و مسلمة

“Menuntut Ilmu Itu Adalah Fardhu Ke atas Setiap Orang Lelaki  Dan Perempuan Islam”

 

Darul Ulum Ar-rahimiyah Tahfizul Quran (DURTAQ) @ Maahad Tahfiz Al Quran Lorong Alif (MTALA) Jitra Kedah adalah sebuah institusi pengajian agama (Tahfiz/Alim) yang telah beroperasi sejak tahun 1990 dengan no pendaftarannya (bagi DURTAQ) : JHEAIK 15/2015 & (bagi MTALA) : JHEAIK 02/90 dan telah memulakan pengajian alimnya/ ilmu syariahnya pada tahun 2006. Durtaq berhasrat untuk menjadi pusat penyebaran misi Nubuwwah yang diwariskan oleh Nabi Muhammad S.A.W yaitu 1) Dakwah, 2) Taalim, 3) Tazkiyah ke seluruh negara Malaysia, Nusantara dan seluruh pelusuk dunia    in sya Allah dengan berusaha melahirkan para ilmuan lelaki dan perempuan yang sangat mendalam ilmu pengetahuan agama , beriman,bertakwa,berakhlak mulia,berjiwa besar,berfikiran luas,stabil zahir dan batin,mencontohi Rasulullah S.A.W dan sayang dan simpati terhadap umat manusia dan berusaha untuk selamat dan menyelamatkan seluruh manusia dari kerugian yang sebenar.

Untuk maksud itu Durtaq mengalu-alukan kemasukan baru untuk calon pelajar lelaki dan perempuan yang berminat dan sanggup untuk  itu supaya mendaftar kemasukan bagi sesi pengajian  ilmu syariah bagi tahun 2021/1442H.

 

Pengajian yang disediakan :-

  1. Tafsir dan Usul Tafsir.

  2. Hadis dan Usul Hadis

  3. Feqah dan Usul Feqah

  4. Kesasteraan Bahasa Arab

  5. Bahasa Perbualan Arab dan Urdu

  6. Nahu, Sorof, Mantiq

  7. Tajwid

  8. Tulisan Khat Bersanad

  9. Kemahiran Menjahit, Memasak, Menguruskan Rumah Tangga (Wanita).

  10. Persiapan menduduki Peperiksaan Tauliah Mengajar Agama Negeri Kedah Yang Dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah.

  11. Pengajian Berserta Tarbiyah

 

     Tempoh Pengajian :-  Lelaki : 8 Tahun Termasuk Daurah 6 Kitab Sihah Sittah

                                     Perempuan : 6 Tahun Termasuk Kitab Pilihan Dari Kitab2 Sihah Sittah.

                     

TARIKH DAN WAKTU TEMUDUGA ADALAH PADA HARI SABTU DAN SELASA SETIAP MINGGU KECUALI HARI HARI CUTI MADRASAH.

                      SILA HUBUNGI NO 2 TELEFON DI BAWAH INI UNTUK MENGATUR WAKTU TEMUDUGA.

+6019-5507 740 Ust Amar, +6019-5122 374 Ust Yusof, +601110300404 Ust Miqdad, +6018-6647 375 Ust Aref, +6019-5548 913 Ustazah Ummu Mustafa, +6018-4720 810 Ustazah Ummu Muhammad.

 

www.darulullum-arrahimiyah.com

 

bottom of page