MTALA sedang dalam perancangan untuk membuat penambahbaikan dalam sistem pengajian dan prasarana serta memberi peluang kepada lebih ramai putera-puteri Islam untuk mengikuti pengajian di institusi ini.
​











​
Sehingga kini, kemudahan yang ada amat terhad. Ruang pembelajaran yang ada tidak dapat lagi menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah dari seluruh negara dan Asia Tenggara.










​


​
​Insyaallah, fasa baru MTALA diharap akan dapat menampung lebih 500 orang pelajar dalam satu masa serta dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi bagi memastikan generasi Al Qur’an yang sempurna dapat dilahirkan pada masa depan demi kepentingan ummat Islam seluruh alam.

Bagi mencapai hasrat ini, semua pihak khususnya ummat Islam yang ingin menyumbang dalam apa juga bentuk sumbangan adalah di alu-alukan. Paling tidak, ummat Islam di mana sahaja mereka berada diminta mendoakan agar hasrat untuk membangunkan Institusi Al Qur’an ini menjadi kenyataan. Insyaallah, kewujudan Institusi Al Qur’an ini adalah rahmat untuk Ummat Islam seluruh alam. Amin.
Firman Allah SWT :
Wahai orang-orang yang beriman,
Jika kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu
(untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
( Surah Muhammad Ayat 7 )