top of page
Waqaf1.jpg

Pihak MTALA/DURTAQ ingin membuka peluang kepada seluruh masyarakat Islam dalam Pekan Jitra khasnya dan amnya dalam Daerah Kubang Pasu dan seluruh Malaysia untuk menjana saham ASA (Amanah Saham Akhirat) dengan menyumbang apa sahaja jenis sumbangan yang halal untuk membina 7 PONDOK WAKAF untuk kemudahan berteduh dari hujan dan panas bagi waris-waris pelajar dan orang ramai semasa melawati Maahad ini . Bagi sesiapa yang berhajat untuk kerja kebaikan dan mulia ini bolehlah berhubung terus dengan Mudir atau Naib Mudir sebelum membuat sumbangan. Sila rujuk halaman HUBUNGI KAMI untuk tujuan itu, Segala keprihatinan semoga meraih redha Ilahi

Imej Pondok wakaf Yang Dicadangkan 

Sedekah.jpg
kelas+hanzalah.jpg
aref.png

PEMASANGAN FASILITI SURAU MTALA

WhatsApp Image 2021-03-30 at 13.20.00.jp
WhatsApp Image 2021-03-30 at 13.20.01.jp

Seperti semua sedia maklum, sebahagian struktur bangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Lorong Alif (MTALA), Jitra, telah musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran pada 18 September 2020. Kerja-kerja pembaikan struktur yang terjejas telah dimulakan dan Alhamdulillah, segala kerja berjalan lancar dengan izin Allah.  

​

Pihak Pengurusan dengan ini menyeru dan mempelawa para Muslimin dan Muslimat untuk menginfakkan sejumlah milikan untuk surau rumah Allah ini, yang akan menjadi asbab penyaluran pahala amalan-amalan soleh seperti solat fardhu, majlis tazkirah, kelas Al-Quran, Qiyamullail dan lain-lain lagi.

 

Peluang menjana saham akhirat dalam bentuk pemasangan kipas gergasi (Suria Giant Fan) berharga RM18,000.00, 2 unit pendingin hawa dan 2 unit pendingin hawa 2000hp berharga RM11,000.00, loteng berharga RM 23,845.00, dan pagar berharga RM 4,800.00.

 

Ayuh  mulakan kayuhan memanaskan badan anda untuk Ramadhan kali ini dengan menyumbang kepada pembangunan Surau di Maahad Tahfiz Al-Quran Lorong Alif, Jitra, Kedah Darul Aman. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Hafiz Amar Maruf Bin Ahmad (Mudir MTALA) di talian 019-5507740, Ustaz Aref Budiman Bin Ahmad (Naib Mudir MTALA) di talian 018-6647375 atau Tuan Haji Ahmad Bin Assan (Setiausaha MTALA) di talian 019-4742515. 

bottom of page