top of page

 

SISTEM PENGAJIAN

​

Sistem pengajian di Maahad Tahfiz Al Qur’an Lorong Alif ( MTALA ) terbahagi kepada tiga kategori :

1. Kelas Hafalan 30 Juzuk

2. Kelas Syahadah @ mengulang
3. Kelas Pengajian Alim

NURANI KAEDAH

​

Ianya adalah pengenalan kepada huruf-huruf Asas Al-Quran dan tajwid sambil diterapkan Tarannum Khusus Panipati.  Kaedah Pembelajaran adalah dengan menghafal dan tempoh hafalan selama 3 bulan maksimum

HAFALAN 5 JUZUK


Peringkat ini adalah peringkat pengukuran untuk mengetahui samaada pelajar layak dan berkemampuan menghafal 30 juzuk atau tidak . Tempoh hafalan adalah satu  tahun; sekiranya pelajar tidak mencapai tahap yang dikehendaki, pelajar boleh terus diserapkan ke Pengajian Kelas Alim

HAFALAN 30 JUZUK


Peringkat ini adalah lanjutan hafalan 30 juzuk Al Quran seterusnya, seandainya pelajar melepasi ujian di-atas. Tempoh hafalan yang ditetapkan adalah 3 tahun hafalan dan 1 tahun mengulang.
( 4 tahun khatam sebagai hafiz/hafizah )

PENGESAHAN / SYAHADAH TAHFIZ


Peringkat ini  adalah kesinambungan dari SYAHADAH yg telah dicapai oleh pelajar  sebagai Al-Hafiz, dan pada peringkat ini mereka ini semestinya mampu untuk mengimami Solat Sunat Tarawih ( 30 Juzuk ). Pelajar akan menduduki peperiksaan dan disahkan oleh Wakil Wifaqul Mudarris
( Lembaga Peperiksaan ) Negara Pakistan.

PENGKHUSUSAN KE DARUL ULUM
/JAMIATUL/UNIVERSITI


Peringkat ini adalah Peringkat Pengajian Lanjutan Tinggi  di  Institusi yang menawarkan pengajian Islam di luar negara seperti di Pakistan, Yaman, Syria, Mesir, Madinah dan negara-negara timur tengah yang lain

bottom of page