top of page

PEMBAIKAN STRUKTUR SURAU MTALA

Ekoran daripada kejadian kebakaran yang berlaku di MTALA pada 18 September 2020 yang lalu, pihak pengurusan MTALA dengan sokongan daripada masyarakat sekitar melalui sumbangan yang dihulurkan sedang giat menjalankan pembinaan semula struktur bangunan yang musnah dijilat api. Perkembangan semasa berkaitan pembinaan semula ini akan dikemaskini dari masa ke masa sebagai hebahan kepada semua. Sama-sama kita doakan agar usaha pembinaan semula ini dipermudahkan dan  dirahmati Allah Taala.

KEMAS KINI TERKINI
(TARIKH : 10 FEBRUARI 2022)

BERITA BAIK UNTUK SEMUA!

Pihak pentadbir madrasah bersetuju membuka peluang kepada para Muslimin dan Muslimat untuk menyumbang bagi tujuan pemasangan kipas raksasa di bangunan surau yang mengalami kebakaran tempoh hari. Ruangan tersebut akan berfungsi sebagai surau untuk kegunaan solat kelas, program Qiyamullail dan Konvokesyen Tahfiz Tahunan, In Sya Allah. Mohon doa daripada para Muslimin dan Muslimat serta sumbangan untuk pemasangan kipas gergasi di surau berkenaan. Turut dilampirkan adalah sebutharga untuk rujukan dan pertimbangan semua yang berhasrat untuk membuat amal jariah sebagai bekalan Hari Akhirat buat diri sendiri dan orang-orang yang tersayang.

Capture.JPG

"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan."

 

(Surah al-Baqarah: 271)

PERKEMBANGAN TERKINI PEMASANGAN KIPAS GERGASI

WhatsApp Image 2021-12-19 at 07.05.25.jpeg

TARIKH : 18 APRIL 2021

TARIKH : 22 SEPTEMBER 2021

bottom of page